Monday 30 December 2013

Tempat-tempat Menarik Bersejarah Di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia. Di sini terdapat barbagai-bagai tempat menarik untuk dilawati oleh pelancong dalam dan luar negara. Antara tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk dilawati adalah :
A.      Dataran Merdeka.
Pada asalnya dipanggil Padang oleh masyarakat tempatan, merupakan satu lapangan padang rumput hijau yang terletak di tengah kotaraya Kuala Lumpur satu masa dahulu. Padang ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan peninggalan zaman kolonial sebelum merdeka iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad yang terkenal dengan rekabentuk ala-Moorish(1890’an), Bangunan Kelab Diraja Selangor dengan rekabentuk ala-Tudor(1890’an), Bangunan batu marmar putih Gereja St Mary’s(1894) dan Bangunan Perpustakaan Kenangan (1909). Sebuah plag telah dibina di atas tapak di mana bendera Union Jack diturunkan sewaktu negara mencapai kemerdekaan. Di sini kini bendera Malaysia Jalur Gemilang dikibarkan di atas tiang bendera yang tertinggi di dunia.
B.      Masjid Jamek.
Masjid Jamek merupakan masjid tercantik di Kuala Lumpur. Ianya telah direkabentuk oleh seorang arkitek British A.B.Hubbock dan telah dibina pada tahun 1909. Rekabentuknya adalah inspirasi daripada masjid Mogul di utara India.
Bangunan masjid ini mempunyai ruang pintu masuk yang banyak dan besar, kubah berbentuk bawang dan juga menara yang banyak. Ianya dibina menggunakan batu-bata merah dan putih dan lokasinya terletak betul-betul di pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Klang dan Sunai Gombak.
Kini masjid ini bukan sahaja terus digunakan oleh orang Islam untuk menunaikan solat, malah ianya juga menjadi mercutanda dan daya tarikan pelancong untuk melihat dengan lebih dekat kehalusan senibina masjid ini.
C.      Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.
Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur merupakan sebuah lagi bangunan yang direkabentuk oleh A.B.Hubbock. Ianya seoalah-olah sebuah fantasi arkitek yang hebat dan dikagumi hingga sekarang. Bangunan ini dibina pada tahun 1910 dan kini telah menjadi satu mercutanda bersejarah zaman colonial di Kuala Lumpur.
Rekabentuk bangunan ini adalah mengikut rekabentuk Moorish (Mogul) sebagaimana bangunan Masjid Jamek yang dibina pada tahun sebelumnya. Ianya mengandungi kubah-kubah,menara dan juga gerbang-gerbang yang cantik.

Bangunan Setesen Keretapi Kuala Lumpur ini masih digunakan sehingga kini walaupun pembinaan KL Sentral yang baru telah siap dibina dan digunakan. Pelancong masih dapat menggunakan stesen keretapi  ini dengan menaiki komuter dari mana-mana stesen komuter untuk pergi ke Muzium Negara atau Mesjid Negara. Bangunan ini mestilah dipelihara agar tetap cantik dan terus menjadi salah satu mercutanda bersejarah di Kuala Lumpur.

1 comment:

  1. Casino de Lago Resort & Spa - DrmCD
    Welcome to 평택 출장안마 Casino 여수 출장마사지 de Lago Resort & 보령 출장안마 Spa, 화성 출장마사지 an award-winning destination for ocean view and entertainment. Located in the heart 과천 출장안마 of Las Vegas,

    ReplyDelete