Wednesday, 25 December 2013

Uniknya Malaysia



Di Malaysia, system perlembagaan kita adalah bertulis. Sistem kerajaan yang diamalkan di sini disebut sebagai Sistem Raja Berpelembagaan yang diketuai oleh Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Negara. Yang Dipertuan Agong dilantik setiap lima tahun secara bergilir antara sembilan Raja-raja dan Sultan yang ada dalam negara Malaysia. Yang Dipertuan Agong juga adalah ketua bagi Agama Islam di negara ini.
Keunikan system Raja Berpelembagaan ini memperlihatkan kedudukan  istimewa Raja-raja sebagai symbol kesetiaan rakyat terhadap raja-raja dan juga symbol ketuanan Melayu dalam arus politik negara. Keadaan yang sama juga dapat dilihat pada setiap negeri  dalam Malaysia.
Dalam sebuah negara yang mengamalkan system sebegini, kuasa rakyat disalurkan melalui Demokrasi Berparlimen. Pilihanraya diadakan setiap lima tahun sekali dan wakil-wakil rakyat dipilih untuk mewakili kawasan Parlimen masing-masing. Parti politik yang memperolehi majority di Parlimen akan diisytihar untuk membentuk Kabinet dan Kerajaan yang memerintah bagi penggal tersebut.Di Malaysia, apa jua perkara yang ingin dilaksanakan di negara ini adalah di bawah nama Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung yang bertindak mengikut nasihat kerajaan yang dibentuk.
Kesimpulannya, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung adalah Ketua Negara dan dilantik secara bergilir setiap lima tahun daripada sembilan Raja-raja dan Sultan yang ada di negara ini. Manakala pihak eksekutif (kerajaan) pula dilantik melalui pilihanraya setiap lima tahun oleh rakyat. Rakyat akan mengundi wakil calon Parlimen kawasan mereka dan parti yang mendapat majority ahli Parlimen akan membentuk Kerajaan.
Perlembagaan Persekutuan membahagikan struktur kerajaan kepada empat (4) bahagian iaitu :
1.       Ketua Negara – Yang Dipertuan Agung
2.       Penggubal Undang-undang – Parlimen
3.       Eksekutif – Kerajaan Memerintah
4.       Badan Kehakiman
Konsep pembahagian kuasa ini berasaskan konsep yang sama diamalkan di negara Great Britain, oleh kerana Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan adalah salah sebuah negara jajahan British. Sebelum mencapai kemerdekaan perlembagaan negara telah ditulis berdasarkan system Demokrasi Berparlimen di England oleh Lord Reid.

Di peringkat negeri juga pembahagian kuasa adalah sama dengan Sultan sebagai Ketua Negeri dan diikuti oleh Penggubal Undang-undang, Kerajaan Negeri dan Badan Kehakiman.

No comments:

Post a Comment