Wednesday, 25 December 2013

Dokumen-dokumen Yang Perlu Ada Untuk Melancong Ke Luar Negara

Setiap pelawat yang ingin memasuki mana-mana negara mestilah mematuhi semua peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Imigresen negara tersebut, ini termasuklah negara Malaysia.
1.       Paspot atau Dokumen Perjalanan.
Setiap pelawat mestilah memiliki paspot atau dokumen perjalanan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. L Kesemua dokumen perjalanan yang dikeluarkan mestilah sah sekurang-kurangnya enam(6) bulan dari tarikh memasuki negara.
2.       Mematuhi keperluan visa.
Visa adalah satu surat kebenaran yang dikeluarkan apabila seseorang telah membuat permohonan untuk memasuki sesebuah negara. Pelawat dari negara luar yang dikenakan syarat visa dan ingin memasuki Malaysia mestilah memohon terlebih dahulu di Pejabat Perwakilan Malaysia di negara tersebut. Setiap visa yang telah diluluskan tidak menjamin kebenaran untuk memasuki negara tersebut seratus peratus,tetapi juga tertakluk kepada kebenaran akhir pihak imigresen di pusat kemasukan.
3.       Tiket perjalanan pulang yang sah dan kewangan yang mencukupi.
Seorang pelawat juga mestilah menunjukkan bukti bahawa beliau mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk tinggal di sesebuah negara selama tempoh yang dibenarkan. Beliau juga mestilah mempunyai tikat perjalanan yang sah untuk pulang ke negara asal atau ke negara lain.
4.       Bukan seorang yang ditegah dari memasuki negara itu.
Di Malaysia,sesiapa yang yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/63 adalah tidak dibenarkan memasuki Malaysia walaupun dia mempunyai dokumen perjalanan,tiket pulang dan wang mencukupi.
5.       Melengkapkan kad ketibaan/pelepasan.

Seorang pelawat mestilah mengisi dengan lengkap kad ketibaan/pelepasan  apabila tiba ke sesebuah negara dan menyerahkannya bersama paspot atau dokumen perjalanan di kaunter imigresen. Begitu juga apabila meninggalkan negara itu kad tersebut perlu diserahkan kembali kepada pihak imigresen.

No comments:

Post a Comment