Wednesday, 25 December 2013

Pandanus sp. - Mengkuang Yang Banyak Kegunaannya

1.       Pokok mengkuang adalah tergolong dalam family Pandanacea, iaitu satu keluarga dengan daun pandan yang ditanam di rumah. Nama botani mengkuang adalah Pandanus atrocarpus.
2.       Ia tumbuh liar di kawasan lembab dan berpaya. Biasa dilihat tumbuh di tepi-tepi sawah padi, tali air, paya dan sungai.
3.       Daun mengkuang berbentuk tirus memanjang dan mempunyai duri tajam di bahagian tepi daun.
4.       Digunakan dalam pembuatan barangan kraftangan seperti tikar dan bakul kerana sifat daunnya yang panjang dan lasak.
5.       Juga dipercayai boleh merawat penyakit hilang ingatan dengan cara merebus duri mengkuang,duri gulang dan duri rakan dan dijadikan air mandian.

6.       Juga digunakan dalam kepercayaan masyarakat dahulu untuk menghalau makhluk halus dari memasuki rumah terutama selepas perempuan bersalin.

No comments:

Post a Comment