Jata Negara (Coat of Arms of Malaysia) merupakan satu logo
berbentuk perisai yang melambangkan negara Malaysia. Di atas sekali adalah
bintang empatbelas bucu yang melambangkan tiga belas buah negeri dan sebuah
wilayah persekutuan yang bernaung di bawah negara Malaysia. Bintang dan bulan
ini juga melambangkan Islam sebagai agama resmi negara dan diletakkan paling puncak.
Lima bilah keris mewakili lima buah negeri Melayu Tak
Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Di sebelah kiri
jata melambangkan negeri Pulau Pinang dan sebelah kanan negeri Melaka dimana
keduanya adalah berasal dari Negeri-negeri Selat.
Empat petak ditengah dengan warna-warna berbeza iaitu
hitam,putih,merah dan kuning melambangkan empat buah negeri Melayu Bersekutu
iaitu; hitam dan putih bagi Pahang, kuning dan merah bagi Selangor, hitam,putih
dan kuning bagi Perak dan merah,hitam dan kuning bagi Negeri Sembilan.
Tiga segmen di bawah mewakili Sabah di sebelah kiri dan
Sarawak di sebelah kanan manakala di tengah adalah lambang bunga raya sebagai
bunga kebangsaan. Seterusnya sebagai symbol kekuatan dan mengawal jata ini
adalah dua ekor harimau. Simbol harimau ini diambil dari symbol jata negara
terdahulu iaitu Persekutuan Tanah Melayu dan Malaya.
Motto bagi jata ini adalah “Bersekutu Bertambah Mutu” yang
ditulis rumi dan jawi di atas skrol berwarna kuning sebagai lambang diraja.
No comments:
Post a Comment