1.
Bidang pensejarahan atau dalam bahasa Inggeris
disebut ‘Historiography’ adalah satu bidang yang sentiasa mendapat perhatian
semua masyarakat khususnya para pengkaji sejarah di seluruh dunia. Bidang ini
telah berkembang dan akan terus berkembang dari masa semasa dan tidak akan
pernah terpadam atau ditinggalkan.
2.
Memandangkan sejarah ialah ilmu yang cuba
mengkaji tindak tanduk manusia pada masa lalu dan setiap kejadian yang
berlaku,ianya hanya bergantung kepada sumber-sumber fakta yang tidak pernah
lengkap. Maka pengkaji terpaksa terus menjalankan kajian dan penyelidikan untuk
mencari fakta-fakta beru yang mungkin tertinggal dalam kajian-kajian yang
tedahulu.
3.
Malaysia,sebuah negara yang unik bukan hanya
kerana demografi penduduknya yang berbilang kaum,budaya dan agama, malah di
sini tersimpan seribu satu rahsia yang belum pernah disingkap oleh mana-mana
sejarawan terdahulu,bermula dari ketamadunan kerajaan-kerajaan Melayu Lama yang
secara teorinya dikatakan lebih awal daripada tamaddun penjajah yang pernah
menjajah negara ini iaitu Inggeris dan Belanda sehinggalah kepada tamaddun
Kerajaan Melayu Melaka,kisah lima pahlawan bersaudara sehingalah era pemodenan
yang masyhur masa kini.
4.
Pengiktirafan UNESCO sebuah badan khas di bawah
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang telah memberi beberapa pengiktirafan
dunia kepada Malaysia membuktikan negara ini mempunyai sejarahnya yang
tersendiri.
5.
Keunikan sejarah ini sentiasa mengundang dan
menggamit pengkaji-pengkaji sejarah dan pelancong-pelancong luar untuk datang
bertandang sambil membuat kajian mereka sendiri.
6.
Pelbagai kemudahan dan akses maklumat yang
disediakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri juga amat memberangsangkan
dengan tertubuhnya muzium sejarah dalam setiap negeri dan juga dalam hampir
setiap daerah yang mempunyai kegemilanagn sejarah mereka sendiri contohnya
Muzium Bijih Timah di Larut Matang dan Muzium Arkeologi di Lembah Bujang.
7.
Pelancong yang tiba bukan hanya ingin melawat
negara ini, malah mereka juga ingin mengetahui sejarah negara ini. Sebuah
negara yang tidak mempunyai atau tidak mempromosi sejarah mereka samalah
seperti sebuah negara yang tidak mempunyai kedaulatan dan seolah-olah tidak
pernah wujud. Oleh itu mempromosi sejarah Malaysia akan terus menarik minat
pelancong ke negara kita.
No comments:
Post a Comment