Sunday 22 December 2013

Senibina Bangunan Sebelum Perang Kaum Cina Di Malaysia(Pre-War Chinese Houses In Malaysia)


1.       Kajian mengenai senibina bangunan Cina telah dikupas dengan terperinci oleh Prof.Madya Dr. A. Ghafar Ahmad dan dinyatakan sebagai ‘Southern Chinese Architecture’ ataupun diterjemah sebagai Senibina China Daerah Selatan.
2.       Senibina ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu perumahan (residential),keagamaan dan kegunaan awam. Jenis perumahan terdiri daripada dua jenis iaitu rumah kedai dan rumah teres. Kedua-dua jenis ini adalah yang paling popular yang boleh dilihat hampir di seluruh bandar di negara ini.
3.       Faktor-faktor yang mempengaruhi senibina ini terdiri daripada tiga faktor iaitu faktor sejarah,cuaca dan kepercayaan agama.
4.       Faktor sejarah adalah paling penting. Banyak bangunan tradisional memasukkan senibina tempatan dan kolonial dalam fasad(rupabentuk) bangunan mereka. Contohnya sesetengah bangunan mempunyai tiang-tiang besar(classical columns)dan pintu-pintu gerbang(arches).
5.       Bangunan ini juga mempunyai bukaan pintu masuk yang besar untuk mengalakkan pengudaraan.
6.       Faktor kedua ialah factor cuaca. Kebanyakan bangunan mempunyai pintu masuk yang agak tinggi,laluan udara yang besar dan laluan pejalan kaki yang berbumbung. Elemen-elemen ini disesuaikan untuk cuaca Malaysia yang panas dan lembab. Ada bangunan yang membina bumbung atas serupa loteng dan laluan udara yang luas untuk disesuaikan juga dengan cuaca.
7.       Akhir sekali faktor ketiga adalah kepercayaan masyarakat Cina kepada semangat(spirit). Konsep “Feng Shui” yang bermaksud angin dan air merupakan satu sistem geomantic yang melihat sudut orientasi sesebuah bangunan yang ingin dibangunkan mestilah berkadar sama dan bersesuaian dengan tenaga kosmik lokasi tersebut.
8.       Simbol-simbol tertentu digunakan dan warna-warna juga dipilih secara khusus. Warna-warna cerah seperti merah,jingga dan kuning sering digunakan dan telah menjadi satu karektor yang sering dapat dilihat.9.       Bagi bangunan keagamaan dan kegunaan awam pula simbol-simbol dan bentuk-bentuk khusus contohnya naga,singa dan pohon buluh adalah satu kemestian dan menjadi lambang kemakmuran dan keagungan bangsa dan agama.

No comments:

Post a Comment