Wednesday, 25 December 2013

Malaysian Cottage Industry-Industri Desa Di Malaysia Pun Boleh Buat Program Homestay

                                                                 Keropok Lekor
                                                                       Budu
                                                                           Songket
Industri desa sememangnya tidak boleh dipinggirkan kerana mempunyai potensi yang besar dan penghasilannya juga dapat membantu dalam meningkatkan ekonomj penduduk dan negara ini. Industri desa merupakan wadah bagi menghasilkan kerja tangan yang dibuat oleh penduduk desa yang masih menggunakan teknik tradisional yang diwarisi sejak zaman nenek moyang mereka.
Tidak dapat dinafikan industry desa merupakan salah satu industry yang berperanan penting di Malaysia. Kebanyakan penduduk di luar Bandar tidak mempunyai pekerjaan yang tetap da nada dalam keadaan mereka terpaksa bekerja dari siang hingga ke malam semata-mata untuk menyara keluarga mereka da nada yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Jika industry desa ini dimajukan maka peluang pekerjaan akan bertambah dan taraf hidup masyarakat desa dapat ditingkatkan. Selain itu industry desa yang kaya dengan ciri-ciri budaya yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan juga dapat membantu dalam menarik pelancong asing berkunjung ke nagara kita.
Secara umum ciri-ciri industry desa adalah :
1.       Dijalankan secara kecil-kecilan di kawasan luar Bandar.
2.       Jenis perindustrian yang paling awal di Malaysia.
3.       Dijalankan di rumah/kedai oleh ahli keuarga dan beberapa orang pekerja upahan.
4.       Hasilnya boleh dijual sebagai cenderamata kepada pelancong.
5.       Terkenal di hamper semua negeri Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
Contoh produk-produk industry desa adalah :
1.       Membuat tikar/bakul daripada mengkuang, rotan atau buluh.
2.       Mengecap/melukis batik.
3.       Menenun sutera.
4.       Membuat keropok ikan/udang.
5.       Membuat barangan tembaga,tembikar,perak dan ukiran kayu.

Kesimpulannya, industry desa sememangnya dapat memberi nafas baru kepada masyarakat luar Bandar dan seterusnya meningkatkan pendapatanper kapita negara. Oleh itu pihak ang terbabit mestilah memastikan penduduk di luar Bandar diberikan bantuan dan kemudahan yang secukupnya untuk meningkatkan hasil industry desa. Para pengusaha industry ini juga haruslah melakukan anjakan paradigm selaras dengan keadaan semasa supaya industry di negara ini dapat dimajukan ke tahap yang maksimum dan mampu mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa.

No comments:

Post a Comment