Industri Pembinaan Di Malaysia – Satu Analisa Umum
Dalam keadaan lanskap ekonomi global yang tidak menentu dan persaingan
yang amat sengit, negara kita Malaysia masih lagi kompetatif dalam arena
antarabangsa. ‘World Competitiveness Yearbook (WCY) 2012’ misalnya menunjukkan
kedudukan kebanyakan negara-negara Asia adalah menurun kecuali beberapa negara
:
·
Hong Kong, mendapat kedudukan Nombor 1
·
Malaysia, menduduki kedudukan ke-14 dari
kedudukan ke-16 tahun 2011
·
Korea, kekal kedudukan k-22
Dalam tahun 2012 sahaja, industri pembinaan mencatatkan
rekod kenaikan sebanyak 18.5%, tertinggi sejak tahun 1995 (21.1%) . Pencapaian
ini diterajui terutamanya dalam sektor dan subsektor kejuruteraan sivil. Antara
projek-projek yang terlibat adalah :
·
Jambatan Pulau Pinang Kedua
·
KLIA2
·
Paip gas Sabah-Sarawak
·
MRT (SG. Buluh – Kajang)
Pencapaian industry pembinaan mungkin akan dapat dipertingkatkan
lagi dan melonjakkan Malaysia ke kedudukan yang lebih baik sekiranya beberapa
langkah cadangan seperti di bawah dapat dilaksanakan.
1.
Kerjasama Pintar – Sejak tahun 1983 lagi usaha
kerjasam pintar antara kerajaan dan syarikat-syarikat swasta yang berdaya saing
telah dilaksanakan. Usaha ini telah membuktikan hasil yang amat
memberangsangkan. Adalah bijak jika usaha yang telah terbukti ini dapat
diteruskan dan diberi penambahbaikan untuk dinikmati oleh bukan sahaja
syarikat-syarikat besar malah syarikat-syarikat kecil yang berdaya maju.
2.
Produktiviti dan Teknologi – Tidak dapat dinafikan
teknologi memainkan peranan yang amat penting dan berkesan dalam dunia yang
semakin pantas. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan melalui agensi-agensi
yang terlibat mula memperkenalkan dan memberi insentif yang menarik kepada
pelabur-pelabur dalam bidang teknologi industri pembinaan agar industri ini
dapat bergerak seiring dengan masa.
Kedua-dua cadangan di atas jika digarap dan diformulasikan
antara keduanya pasti akan mencetuskan fenomena baru sebagai katalis dalam
industri pembinaan negara.
Kesimpulannya, saya percaya adalah penting juga indusrtri
ini memberikan pengiktirafan dan bersama-sama menjalankan penyelidikan dan
pembangunan secara bersama. Tujuannya hanyalah satu iaitu untuk menambahbaikkan
lagi pencapaian kita dalam industri pembinaan di negara ini.
saya ingin berbagi dengan Anda semua tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya dari perusahaan pinjaman yang sangat baik dan jujur yang terdaftar di Amerika Serikat, karena saya melamar sebagai pinjaman awal, saya butuh beberapa dokumen untuk memenuhi persyaratan mereka tetapi insya Allah saya lulus dan bekerja dengan lancar sebagai pengusaha. hubungi whatsapp: +18632310632 / pedroloanss@gmail.com untuk semua jenis bantuan keuangan seperti pinjaman dan fasilitas investasi.
ReplyDelete