1.
Juga dipanggil keropok batang,sejenis makanan
tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia khususnya di Terengganu.
2.
Diperbuat dari isi ikan laut dengan campuran
sagu dan sedikit garam.
3.
Ada juga keropok yang dicampur tepung kanji
(tepung ubi kayu).
4.
Keseluruhan ramuan akan diuli dan digentel
panjang bertali, sebelum direbus dalam air panas.
5.
Mengandungi protin yang tinggi dan kaya iodin
semulajadi.
6.
Ia boleh dimakan segar sebaik diangkat dengan
dicecah sos cili pedas.
7.
Biasanya tidak tahan lama,jika mahu menyimpan
lama perlu dibalut plastic agar tidak membuatkan makanan lain berbau dan
disimpan di tempat dingin beku. Apabila hendak dimakan harus direbus dahulu
dengan air yang dicampur garam agar tidak terasa tawar.
8.
Boleh juga dipotong pendek dan digoreng sekali
lagi untuk hasilkan keropok yang lebih rangup. Campuran tepung kanji akan lebih
merangupkan keropok tetapi akan menjadi liat apabila sejuk manakala campuran
tepung sagu tidak menjadi liat bila sejuk.
9.
Keropok keeping dihasilkan dari keropok lekor
apabila dipotong nipis-nipis dan dijemur.
1. Apabila digoreng keropok keeping akan menjadi
kembang dan rangup dan enak dimakan bersama sos cili.
No comments:
Post a Comment