1.
Sejak mengecapi kemerdekaan, Malaysia bukan lagi
dianggap sebuah negara kerdil yang tidak mampu bersaing dengan negara-negara
lain di dunia. Kemampuan Malaysia telah terbukti dan kini Malaysia dikenali
sebagai sebuah negara membangun Islam yang mengamalkan toleransi yang amat
tinggi dan unik dalam sebuah negara pelbagai kaum dan budaya.
2.
Keunikan inilah yang telah menjadi daya penarik
kepada ramainya pelancong yang datang ke Malaysia di samping keindahan alam
semulajadi yang amat menarik.
3.
Pelancong yang datang ke negara ini bukan sahaja
boleh menikmati keindahan semulajadi yang terdiri daripada pulau-pulau
peranginan,hutan hujan tropika,air terjun semulajadi serta pelbagai makanan
tradisional yang enak malah mereka juga dapat melihat bagaimana sebuah negara
yang kecil ini telah dapat memberikan suasana kehidupan yang terbaik untuk
rakyatnya yang terdiri daripada pelabagai kaum dan bangsa serta berbagai
kepercayaan agama.
4.
Keunikan sebegini tidak terdapat di mana-mana
negara di dunia ini,jika adapun dalam skala yang amat kecil dan begitu
terpencil.
5.
Lebih membuat mereka terpegun adalah
persefahaman dan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh pelbagai kaum ini.
Tidak kira usia atau pegangan agama, semua kaum di negara ini menyambut
pelbagai perayaan yang dirayakan oleh setiap kaum. Sambutan ini bukan sekadar
memberikan cuti umum malah ianya diraikan bersama dalam suasana yang penuh
harmoni seperti mengadakan majlis rumah terbuka dan perarakan.
6.
Ramai pelancong yang ditemui melahirkan rasa
yang amat terharu dengan kelembutan,sifat pemurah dan keikhlasan hati yang
terpancar di jiwa dan riak wajah setiap rakyat Malaysia di negara ini terutama
semasa merayakan perayaan mereka bersama rakan dan handai taulan dari segenap
lapisan kaum dan agama.
7.
Bagi mereka saat sebegini tidak pernah wujud
dalam diari harian mereka di negara mereka sendiri. Sesungguhnya juga bagi
mereka inilah contoh kehidupan yang sebenar bagi seluruh umat manusia di atas
muka bumi ini.
8.
Cerita-cerita ini akan mereka bawa pulang dan
sampaikan kepada sahabat handai dan kaum keluarga di negara asal mereka.
Setidak-tidaknya mereka akan mempromosi negara Malaysia sebagai negara yang
harus dikunjungi, namun adalah amat membanggakan jika mereka juga turut
mencontohi sifat toleransi,hormat menghormati,setiakawan dan persefahaman yang
kita tunjukkan dan amalkan di negara yang tercinta ini.
No comments:
Post a Comment