Wednesday, 25 December 2013

Bank Negara Malaysia

Bank Negara adalah satu badan berkanun yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dengan modal berbayar sehingga kini berjumlah RM100 juta. Modal berbayar ini sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa. Mula ditubuhkan pada 26 Januari 1959 dibawah Akta Bank Pusat Malaysia 1958 yang kemudian diletakkan semual dibawah Akta Bank Pusat 2009 pada 25 November 2009. Bank Negara melapor terus kepada Menteri Kewangan dalam hal-hal berkaitan polisi sector kewangan.
Di antara peranan utama Bank Negara ialah menetapkan polisi kewangan negara. Kadar inflasi yang rendah dan tetap stabil sejak beberapa dekad mengukuhkan kekuatan Ringgit Malaysia terutama dalam dagangan dan kuasamembeli.
Bank Negara juga bertanggungjawab untuk mewujudkan system kewangan yang stabil dan berdaya maju sesuai dengan keperluan kewangan global yang semakin berkembang dalam arena perniagaan dan juga pengguna yang semakin sofistikated.
Bank Negara juga memainkan peranan yang siknifikan dalam pembangunan infrastruktur system kewangan yang menumpukan kepada keupayaan negara dan jaminan oleh kerajaan. Institusi seperti  Suruhanjaya Sekuriti,KLSE(Bursa Malaysia)dan ‘Credit Guarantee Corporation’ adalah sangat penting untuk memastikan  system yang komprehensif,dinamik dan tidak tergugat.
Sejak sekian lama Bank Negara telah mempromosi satu system kewangan yang inklusif yang menambah baik akses kepada semua perkhidmatan kewangan dalam sector ekonomi dan social dan dengan itu telah mengimbang pertumbuhan ekonomi negara.

Lain-lain peranan Bank Negara adalah sebagai penasihat kepada Kerajaan,memberi nasihat kepada polisi ekonomi makro dan mengurus kadar hutang awam. Ia jugaadalah satu-satunya pihak yang menguruskan pengeluaran matawang ringgit dan juga rezab simpanan anatarabangsa.

No comments:

Post a Comment