1. Bangunan Sultan Abdul Samad,Kuala Lumpu dan Istana Kenangan,Kuala Kangsar,Perak (dibawah).
Aktiviti pelancongan adalah satu aktiviti di
mana pelancong-pelancong samada dari dalam mahupun luar negara melawat sesuatu
tempat menarik atau bersejarah untuk melihat sendiri keunikannya dan nilai yang
terkandung pada sesuatu tempat.
2.
Adalah amat malang sekiranya tempat-tempat
sebegini tidak diuruskan dengan baik dan sempurna serta diselenggara dengan
sebaiknya. Kemudahan yang disediakan untuk pengunjung di samping penjagaan
kebersihan adalah factor utama daya tarikan sesuatu produk.
3.
Kemunculan ramai pelancong pastinya akan
merangsang pemuliharaan dan pemeliharaan sesuatu lokasi pelancongan. Ini kerana
di samping melawat, pelancong juga akan berbelanja. Secara tidak langsung hasil
yang diperolehi ini akan dapat menampung kos pemeliharaan nilai-nilai sejarah
dan tempat-tempat menarik tersebut.
4.
Pastinya kita mahu pelancong yang berkunjung
memuji segala kemudahan serta keunikan sesuatu produk yang kita sediakan. Oleh
yang demikian kita akan sentiasa memastikan bahawa produk pelancongan yang
disediakan itu adalah bertaraf dunia dan memuaskan hati sesiapa sahaja
pengunjung yang datang. Ini lah sumbangan pelancongan dalam memelihara
nilai-nilai sejarah dan tempat-tempat menarik di nagara ini.
No comments:
Post a Comment