Malaysia,sebuah negara kecil yang
baru sahaja mencapai kemerdekaan 56 tahun yang lalu daripada kuasa penjajahan
British. Sejak Merdeka, Malaysia tidak pernah jemu untuk terus memajukan rakyat
dan negara. Ini dapat diterjemahkan dengan pembinaan Menara Berkembar Petronas
yang menjadi satu mercutanda dan ikonik di tengah-tengah pusat Bandaraya Kuala
Lumpur.
Menara Berkembar Petronas pernah
menjadi bangunan tertinggi di dunia satu ketika dahulu dari tahun 1998 hingga
2004. Walaupun kini bangunan tertinggi di dunia adalah Taipei 101, namun menara
ini tetap menjadi menara berkembar yang seiras dari segi rupa dan ketinggian
yang masih tertinggi di dunia! Ketinggiannya mencapai 452 meter tinggi dan terdiri
daripada 88 tingkat. Keunikannya ditambah lagi dengan adanya ‘Sky Bridge’ yang
menghubungkan kedua-dua bangunan ini pada aras 41 dan 42. Keseluruhan struktur
bangunan ini deperbuat daripada aluminium dan kaca dan menjadikan ia lebih
kukuh dan tidak terlalu berat.
Rekabentuk Menara Berkembar
Petronas telah dicipta oleh seorang arkitek Argentina-Amerika bernama Cesar
Pelli. Ianya siap dibina pada tahun 1998. Dahulunya tapak menara ini adalah
Kelab Lumba Kuda Kuala Lumpur. Oleh kerana lapisan batu dalam tanah yang dalam,
pembinaan menara ini memerlukan asas(foundation) yang dalam dan merupakan rekod
dunia iaitu sedalam 120 meter. Asas pembinaan (foundation)dilakukan oleh
kontraktor tersohor Bachy Seoletanche dan telah menggunakan bahan konkrit yang
sangat banyak.
Kesemua 88 tingkat bangunan ini
diperkukuhkan dengan konkrit dan fasad(façade) yang diperbuat daripada
aluminium dan kaca dengan motif senibina kesenian Islam yang melambangkan Islam
sebagai agama rasmi persekutuan. Rekabentuk keratin rentas bangunan dan
dalamannya diasaskan oleh rekaan Rub el Hizb yang mementingkan keluasan dan
keselesaan ruang.
Kedua-dua menara ini dibina oleh
kontraktor yang berasingan. Menara A dibina oleh Hazama Corporation dari Jepun
dan Menara B dibina oleh Samsung & Kukdong Engineering dari Korea Selatan.
Di sebelah belakang menara ini
juga terdapat sebuah taman riadah seluas 50 ekar direka khas oleh seorang
arkitek bernama Roberto Burle Marx. Ianya dilengkapi sebuah jambatan sepanjang
43 meter dan pancutan air berirama setinggi 42 meter. Di bahagian tepi tasik
buatan taman ini disediakan sebuah masjid yang diberi nama Masjid Asy Syakirin.
Menara A menempatkan ibu pejabat bagi Syarikat Petrolium
Negara iaitu Petrolium Nasional Berhad (Petronas) dan Menara B menempatkan
ruang pejabat yang boleh disewa oleh syarikat-syarikat besar tempatan dan juga
antarabangsa.
Sesungguhnya dengan terbinanya Menara Berkembar Petronas ini
telah melonjakkan Malaysia di peta dunia sebagai salah sebuah negara ikonik
yang perlu dilawati oleh pelancong seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment