Sunday 22 December 2013

Sejarah Dan Kesan Penjajahan Jepun Di Tanah Melayu 1941-1945

1.   Gambar Pantai Bachok,Kelantan-salah satu tempat pendaratan tentera Jepun.




            Penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu berlaku dari Disember 1941 hinggalah Jepun menyerah kalah pada 14 September 1945 sewaktu Perang Dunia Kedua. Sepanjang penjajahan Jepun selama 3 ½ tahun ini telah meyaksikan pelbagai kepayahan dihadapi oleh penduduk negara ini dan memberi kesan yang mendalam dari segi politik,ekonomi dan social.
2.       Kesan Politik
i.                     Menyemarakkan semangat nasionalisma, kemenangan Jepun yang begitu mudah telah menjatuhkan imej British di kalangan orang Melayu yang anti-British. Pengalaman mentadbir di zaman pendudukan Jepun memberi peluang kepada orang Melayu untuk menjalankan urusan pentadbiran yang tidak pernah diperolehi semasa pemerintahan British.
ii.                   Namun sangkaan orang Melayu bahawa Jepun akan memerintah lebih baik daripada British ternyata meleset,kehidupan semakin sulit – timbul kesedaran bahawa nasib bangsa dan negara tetap sama selagi di jajah. Ini membangkitkan kesedaran politik dan akhirnya Jepun membenarkan dan bekerjasama dengan pemimpin Melayu waktu itu dengan penubuhan parti politik untuk orang Melayu seperti KMM,PETA dan KRIS.
3.       Kesan Ekonomi
i.                     Sumber utama ekonomi waktu itu, iaitu bijih timah dan getah terhenti sama sekali. Ini disebabkan oleh Dasar Bumi Hangus British yang memusnah dan menutup kesemua lombong bijih menyebabkan Jepun yang mengambil alih lombong bijih tidak dapat beroperasi. Akibatnya rakyat mengalami kebuluran kerana tiada pekerjaan dan kekurangan makanan.
ii.                   Bekalan beras terpaksa diimpot dari Thailand dan Burma dan terpaksa dicatu.
iii.                  Jepun telah melancarkan kempen pertanian-dimana rakyat dipaksa menanam tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi.
iv.                 Kadar inflasi waktu itu telah meningkat dengan tinggi akibat kekurangan barang keperluan dan pengedaran wang kertas Jepun yang tiada nilai.
v.                   Perusahaan tempatan tidak dapat mengimpot barangan asas kilang. Perusahaan yang besar pula diambil alih oleh Jepun. Orang ramai diwajibkan mengambil kupon dari Pejabat Kawalan Makanan untuk catuan makanan. Petani dan nelayan diwajibkan untuk menjual barangan hasil hanya kepada wakil yang dilantik oleh Jepun sahaja.
4.       Kesan Sosial.
i.                     Orang Cina telah berpindah ke kawasan pinggir hutan untuk mengelak kekejaman Jepun terhadap mereka. Maka timbul prasangka terhadap orang Cina dan permusuhan antara orang Melayu dan Cina terjadi.
ii.                   MPAJA telah ditubuhkan oleh orang cina yang anti-Jepun. Pasukan ini bekerjasama dengan Force 136 yang membri bekalan senjata dan latihan ketenteraan untuk menentang Jepun.
iii.                  Tahap kesihatan penduduk juga merosot teruk,terdedah kepada wabak penyakit. Banyak nyawa terkorban akibat wabak malaria, beri-beri,taun dan kudis.
iv.                 Jepun juga melancarkan pembinaan landasan keretapi maut dan telah mengorbankan banyak nyawa di sini.
v.                   Dasar niponisasi Jepun telah memaksa rakyat Tanah Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun dan ini telah mengancam adat istiadat dan kebudayaan orang Melayu.

5.       Kesimpulannya,pendudukan Jepun walaupun singkat telah mengubah keadaan social, politik dan ekonomi Tanah Melayu. Pengalaman hidup di bawah pemerintahan Jepun telah menyumbang kepada semaraknya semangat nasionalisma Melayu. Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.

No comments:

Post a Comment