Sunday 22 December 2013

Geografi Dan Alam Semulajadi Di Malaysia

1.       Malaysia mempunyai kepelbagaian ekosistem. Ini menjadikan proses pemuliharaan alam semulajadi menjadi lebih rumit dan memerlukan pelbagai akta perlindungan.
2.       Sejak hampir 100 tahun yang lalu Malaysia telah menjadi sebuah negara yang pesat membangun, yang mana banyak kawasan hutan semulajadi ditebang untuk pembangunan dan mendapatkan hasil hutan seperti kayu balak.
3.       Namun, dalam masa yang sama kita tidak harus mengabaikan keperluan untuk melindungi alam semulajadi.
4.       Secara logiknya proses pembangunan social dan ekonomi mestilah seimbang dan diberi perhatian yang sama banyak dengan proses melindungi alam semulajadi. Pelbagai kaedah dan undang-undang telah digubal untuk tujuan ini. Apa yang penting ialah semua pihak termasuk penduduk dan agensi-agensi yang terbabit mestilah memainkan peranan secara lebih efektif dalam menjamin kelestarian alam semulajadi dan pembangunan yang mapan.
Akta Perlindungan Alam Semulajadi di Malaysia.
1.       Akta Kualiti Alam Sekitar 1974;dikendalikan oleh Jabatan Alam Sekitar.
2.       Akta Perhutanan Nasional 1984
3.       Akta Taman Negara 1980
4.       Polisi Biodiversiti Nasional 1998
5.       Polisi Bioteknologi Nasional 2005
 Khazanah Semulajadi Malaysia.
1.       Secara umum jumlah sebenar spesis hidupan yang terdapat di Malaysia masih belum dipastikan dengan tepat memandangkan kepelbagaian spesis organisama serangga dan cacing. Namun begitu dianggarkan lebih 170,000 spesis organisma terdapat di negara ini.
2.       Kepelbagaian spesis yang tinggi ini disebabkan oleh factor iklim tropika yang lembab, kesesuaian tumbesaran serta evolusi yang berlaku dan juga factor kepelbagaian habitat.
3.       Habitat termasuklah laut, sungai, hutan dan juga bukit serta gunung ganang.
4.       Satu lagi factor utama ialah usia hutan hujan tropika di Malaysia menjangkau lebih 130 juta tahun dan ini memungkinkan kepelbagaian proses evolusi berlaku.
Kawasan Tanah Paya dan Belukar.
1.       Kawasan paya dan belukar di Malaysia boleh didapati di kawasan yang sering berlaku banjir samada secara bermusim atau sepanjang masa.
2.       Kawasan ini mengandungi komposisi mineral yang tinggi iaitu hamper 35%, melingkungi zon tebing-tebing dan kawasan rendah berdekatan sungai-sungai.
3.       Di dalam hutan, kawasan ini didiami oleh sejenis mamalia yang dilindungi iaitu Badak Sumatera (Rhinoceros Dicerorhinus sumatrensis). Badak Sumatera ini mempunyai dua tanduk di atas kepalanya.
4.       Sejenis lagi spesis yang endemic di kawasan sebegini ialah ‘Banded Langur’ yang hanya terdapat di kawasan timur laut Borneo dan berkemungkinan juga salah satu spesis yang dilindungi.
                                          Seekor badak sumatera di habitat liar.
Seekor primat Presbytis femoralis (Banded langur) dan anak.
 
Hutan Paya Bakau di Malaysia.
1.       Hutan paya bakau di Malaysia boleh didapati dengan banyak di negeri Perak, Selangor dan Johor. Juga terdapat di sepanjang pantai timur Sabah serta di bahagian utara dan tenggara Sarawak.
2.       Sehingga kini dianggarkan 600,000 hektar hutan paya bakau masih terdapat di Malaysia yang mana separuh darinya di bahagian timur Sabah.
3.       Hutan bakau mempunyai kepentingan ekonomi yang besar; ia penting untuk hidupan laut seperti ikan dan udang untuk membiak.
4.       Ia juga penting sebagai sumber kayu yang tinggi nilainya di samping bertindak sebagai perisai pesisiran pantai daripada hakisan ombak.

5.       Lebih 50 jenis kegunaan boleh didapati daripada hutan kayu bakau ini.

No comments:

Post a Comment