Sunday, 22 December 2013

Sejarah Kerajaan Melaka-Faktor-faktor Yang Menyumbang Kepada Kejayaan Empayar Melaka Sebagai Sebuah Pusat Perdagangan Pada Abad Ke-15

1.  
     Kerajaan Melayu Melaka mula dibuka seawal tahun 1400 (Abad Ke 15) oleh Sultan Iskandar Shah yang berpindah dari Temasek selepas diserang oleh Kerajaan Majapahit. Kerajaan ini bertahan selama 111 tahun apabila pada tahun 1511 telah diserang dan dijajah oleh Portugis.
2.       Seawal pemerintahan Sultan Iskandar Shah, baginda telah membuat perancangan yang sungguh bijak untuk membuka sebuah pelabuhan perdagangan di muara Sungai Melaka sebagai tempat persinggahan kapal-kapal dagang yang belayar dari tanah Arab, India, Eropah dan China.
3.       Di samping menyediakan pelbagai keperluan asas seperti bekalan makanan, air dan kayu api, pelabuhan Melaka juga disukai oleh para pedagang kerana lokasinya yang selamat dari ancaman lanun dan ribut.
4.       Kapal-kapal juga mudah masuk dan keluar dari pelabuhan oleh kerana lautnya yang dalam dan luas. Kutipan cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Melaka waktu itu juga amat berpatutan.
5.       Apabila pelabuhan semakin sibuk dan lebih banyak kapal berlabuh maka bermulalah pula urusan perniagaan yang lebih komersial. Kebetulan pelabuhan Melaka terletak di tengah-tengah antara negara-negara barat dan timur, oleh yang demikian para pedagang boleh terus bertukar-tukar barang dagangan tanpa lagi perlu belayar lebih jauh.
6.       Paling unik adalah hampir semua pedagang ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Tidak hairan waktu itu Bahasa Melayu menjadi Lingua Franca dan boleh ditutur oleh hampir semua pedagang di seluruh dunia.

7.       Faktor lain yang juga menjadikan Kerajaan Melayu Melaka kuat dan kaya adalah kerana jajahan takluknya yang meliputi Kedah, Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Singapura, Riau, pulau pulau sekitar Riau dan pesisiran pantai Sumatera. Semua ini menyumbang kepada kekayaan dan hasil bumi yang banyak untuk kegemilangan Melaka pada waktu itu.

No comments:

Post a Comment