Sunday, 22 December 2013

San Pedro-SatuPerayaan Unik Di Malaysia

Tarian Joget Melayu
            1.       Perayaan San Pedro merupakan satu perayaan unik masyarakat Portugis di Melaka.
2.       Dalam sejarah, Melaka pernah dijajah oleh Portugis pada tahun 1511 daripada Empayar Kesultanan Melaka. Mulai saat itu ramai orang Portugis tinggal dan menetap di Melaka. Kini mereka digelar sebagai etnik Eurasians.
3.       Setiap tahun pada bulan Jun,perayaan ini menggamit pengunjung dengan pelbagai acara menarik. Antaranya nyanyian,tarian,pesta ria,permainan,perahu berhias dan juga perarakan tugu Saint Peter. Perayaan ini dirayakan sebagai mengingati pada satu masa dahulu menangkap ikan di laut adalah aktiviti utama kehidupan orang Portugis Melaka.
4.       Dengan merayakan perayaan ini maka nelayan akan mendapat keselamatan semasa menangkap ikan di laut serta mendapat hasil tangkapan yang banyak.
5.       Berbagai jenis makanan dihidangkan dengan pelbagai warna yang menarik. Ada makanan yang berasal dari Eropah dan ada juga makanan Melayu,India,Cina dan Nyonya.
6.       Sebagai pelayar,bangsa Portugis mengamalkan makanan laut sebagai makanan harian mereka,contohnya acar ikan(pickled salt fish,ikan kering(dried threadfish),cencaluk(tiny baby shrimp sauce) dan juga belacan(ubiquitous).
7.       Antara nama-nama makanan tradisi yang dihidangkan adalah “Devil Curry,Pork Vindaloo,Malaccan Black Pepper Crab,Prawn Bostador,Pickled Salt Fish,Tuna Mornay,Granny’s Meatball Curry,Pork Rib Soup,Ham Hock Curry,Itik Tim,Curry Feng,Cincaluk Sambal and Malaysian Chicken Curry.”
8.       Tarian yang ditarikan semasa perayaan Saint Pedro dinamakan Tarian Branyo. Tarian ini berasal secara tradisi dari Portugis dan telah diwarisi sejak zaman dahulu lagi.
9.       Tarian ini juga telah menjadi inspirasi kepada terciptanya satu tarian Melayu diberi nama Ronggeng atau Joget.
10.   Muzik tarian Branyo ini dialunkan dengan biola dan rebana.Penari lelaki memakai pakaian tradisional Portugis manakala penari perempuan memakai baju kebaya. Terdapat empat rentak lagu dalam Branyo iaitu Jingli Nona,Canji Papa,Che Corte dan Sarampeh.Manakala rentak Farapeira dicipta untuk orang muda yang suka tarian yang lebih meriah dan laju.
11.   Perayaan Saint Pedro ini merupakan satu lagi keunikan budaya pelbagai kaum di Malaysia. Ianya bukan sahaja dirayakan oleh masyarakat Portugis Melaka malah turut mendapat perhatian semua kaum. Para pelancong dari negara luar juga begitu terpegun dan merasa begitu seronok dapat merayakannya bersama.                                    

No comments:

Post a Comment