Tuesday, 14 January 2014

Destinasi Pendidikan-Malaysia Tetap Pesaing Utama

We are a group of graduates who have gone through the process and ...
Kemampuan Malaysia boleh diukur dengan melihat kepada tiga aspek utama iaitu politik,ekonomi dan sosio-budaya. Kestabilan ketiga-tiga aspek ini akan memberi peluang yang cerah kepada Malaysia untuk menjadi pilihan destinasi pendidikan.
Dari segi politik, kestabilan yang dinikmati sejak Merdeka menjadikan negara ini antara negara yang paling selamat untuk didiami dan dilawati. Walaupun kadangkala terdapat kacau bilau dan himpunan haram di ibu negara dan beberapa tempat lain namun ianya lebih bersifat setempat dan tidak mendatangkan mudarat yang besar selain kesesakan lalulintas yang teruk. Namun begitu sebagai negara yang mengamalkan demokrasi  berparlimen,kita seharusnya faham bahawa prinsip tersebut mestilah ditaati dan keharmonian negara mestilah diutamakan. Jika tidak kestabilan politik negara akan terganggu dan menjadikan ia satu halangan sebagai pilihan destinasi pendidikan.
Ekonomi negara adalah antara yang terbaik dan mapan jika dibandingkan dengan beberapa negara Asia Tenggara yang lain kecuali Singapura. Namun dengan keluasan Malaysia yang lebih besar dan sikap yang lebih toleransi boleh menjadikan negara ini pilihan yang lebih baik dari Singapura.
Sosio-budaya Malaysia amat unik sekali dan sentiasa menjadi daya tarikan orang dari luar. Dengan lebih 150 etnik di negara ini, Malaysia boleh berbangga dengan keharmonian dan persefahaman yang telah ditunjukkan sejak zaman  datuk nenek moyang dahulu lagi hinggalah ke hari ini. Ini ditambah dengan sikap ramah mesra rakyat Malaysia kepada siapa sahaja tetamu yang datang ke negara ini.

Oleh itu tidak mustahil Malaysia akan menjadi salah satu destinasi terpenting bagi tujuan pendidikan.

No comments:

Post a Comment