Tuesday, 14 January 2014

Malaysia Hijau dan Bersih

clean_environment
Konsep 1Malaysia Hijau dan Bersih adalah satu konsep untuk mengekalkan negara ini sentiasa bersih dan hijau supaya pelancong-pelancong dari luar merasa suka untuk datang mengunjungi Malaysia. Di samping itu ia akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang sihat untuk didiami dan dilawati.
Adalah amat penting bagi kita semua mengekalkan kebersihan di semua tempat terutama di semua lokasi menarik yang dikunjungi pelancong. Ianya adalah untuk generasi yang akan datang yang akan mewarisi negara ini dari kita. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia kita mestilah Berfikir dan Bertindak dari sekarang (Think Tourism and Act Tourism).
Antara aktiviti yang boleh menjayakan kempen ini adalah dengan menggalakkan penanaman pokok di setiap homestay,rumah-rumah kediaman dan juga di taman-taman. Elakkan dari membuat penebangan dan memusnahkan hutan.
Kawasan-kawasan bandar dan pusat membeli belah khususnya mestilah memastikan kawasan sekitar dan bangunan mereka sentiasa bersih dan cantik. Pertandingan kebersihan dan kecantikan boleh dianjurkan untuk menjayakan kempen ini.

Seluruh warga juga mesti mengamalkan budaya kitar semula dan hanya menggunakan beg palstik yang bio-degradable untuk membuang sampah. Ini untuk mengelakkan lambakan sampah yang tidak terurai yang menyumbang kepada bau busuk dan keracunan pada system air bawah tanah.

No comments:

Post a Comment