Tuesday, 14 January 2014

MICE - Meeting, Incentive, Conventions, Exhibitions

KLCC convention night.jpg
Kuala Lumpur Convention Centre

MICE bermaksud Meeting,Incentives,Conventions,Exhibitions. Ini merupakan satu lagi produk pelancongan yang terdapat di negara kita dan mampu meraih pendapatan yang tinggi dan meningkatkan bilangan kemasukan pelancong .
Malaysia amat popular untuk pasaran MICE. Ini adalah kerana pertamanya kadar tukaran matawang asing adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain. Oleh itu bagi sesebuah negara yang mempunyai nilai matawang yang tinggi mereka lebih suka memilih Malaysia kerana nilai tukaran yang lebih baik.
Kedua,Malaysia menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan bertaraf dunia,contohnya Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, jalan-jalanraya dan dan juga system pengangkutan. Di samping itu kemudahan awam yang lain seperti elektrik dan air juga adalah terbaik dan tidak diragui. Denga ini pelancong merasa lebih selesa dan selamat.
Ketiga, kestabilan politik di Malaysia adalah terjamin dan tidak berlaku huru-hara atau sebarang pemberontakan berdarah. Suasana pelaburan dan perniagaan di Malaysia dijamin oleh kerajaan dan ini menjadikan mereka yakin Malaysia adalah destinasi yang terbaik.
Keempat,terdapat banyak pilihan lokasi untuk MICE diadakan antaranya Kuala Lumpur Convention Centre dan Putrajaya International Convention Centre serta banyak lagi venue lain yang serba canggih dan cantik. Penganjur boleh memilih lokasi yang mereka suka sesuai dengan acara yang dianjurkan serta acara sampingan jika ada.
Kelima, Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati sebelum atau selepas sesuatu acara diadakan.Pelancong boleh dibawa menaiki bas atau van secara berkumpulan untuk mengunjungi tempat-tempat tersebut beserta pemandu pelancong yang terlatih. Malaysia juga terkenal sebagai syurga membeli belah Asia kerana tersedia gedung-gedung membeli belah yang besar dengan berbagai jenis barangan.
Akhir sekali, Malaysia amat terkenal dengan sifat rakyatnya yang sangat peramah dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Budaya ini tersemai dalam diri setiap rakyat Malaysia tidak kira latarbelakang etnik atau agama yang dianuti. Ini dapat dilihat dengan sambutan berbagai jenis perayaan di negara ini serta berbagai jenis makanan yang terdapat di sini. Malaysia benar-benar Truly Asia.

Sebagai rakyat Malaysia, MICE dapat memberi tiga manafaat iaitu manambah peluang pekerjaan kepada rakyat, menambah sumber pendapatan dan hasil perniagaan melalui penglibatan menyediakan kemudahan penginapan dan pengangkutan misalnya untuk acara yang berlangsung dan ketiga dapat menambahkan kemasukan pelancong asing ke negara ini dan secara tidak langsung membawa masuk tukaran wang asing.

Malaysia[edit]

No comments:

Post a Comment