Saturday, 22 February 2014

Do's and Don'ts On Tour Bus

Safety of the passengers is of outmost importance. It is a good practice to ensure that all vehicles that we travel in are equipped with safety apparatus. More so, as tourist guide where our job is functionally not only to ensure that the tourists enjoy their stay in Malaysia, but to ensure that they enjoyed it safely.
To ensure that the tourists are safe while travelling around Malaysia, we must ensure that the environments we are in are far from danger, risk or injury. We could also use devises or apparatus which are designed to prevent accidents. Should accidents occurred, we have to ensure that we have the necessary safety equipment to handle the situation.

So, it is very important for a tourist guide to explain all the Do’s and Don’ts to the tourist when they board the bus and to adhere all the Do’s and Don’ts while seated inside the bus.

Online Check In

Online check in is the process in which passengers confirm their presence on a flight via the internet and typically print their own boarding passes. Depending on the carrier and the specific flight, passengers may also enter details such as meal options and baggage quantities, and selection of meals. Typically, web based check in for airline travel is offered on the airline’s website not earlier than 24 hours before a flight schedule departure or 7 days for internet check in assistant. In order to meet this demand, some sites have offered travellers the ability to request an airline check in prior to the 24 hour window and receive airline boarding passes by email when available from the airline.

Handling Luggage In Hassle Free Manner

A tourist guide must always be pro-active. For example to ensure the luggage are handled in hassle free manner while departure for the airport, he/she must look upon a few things regarding on departure procedures and kept in some important information that might be useful to the tourists.
The procedures are :
i.                     Passports
ii.                   Air tickets
iii.                  Visa/permits
iv.                 Embark or disembarkation cards
And the information that might be useful for the tourists are:
i.                     Luggage size and weight specifications
ii.                   Restricted and prohibited items
iii.                  Custom procedures
iv.                 Courier/shipping arrangement

As different airlines has their own specifications on luggage allowance, it is advisable a tourist guide keep to himself the baggage allowance permitted by some various airlines. For example Air France and British Airways are quite varies for their carry on luggage weight, 12kg for Air France and only 6kg for British Airways. A proper list for all different airlines information on carry on luggage and baggage allowance will be useful and handy for a sufficient tour guide. A simple air travel tip is to speak to an authority beforehand at the airport regarding the airline specification to avoid embarrassments later.

Boarding Check In At Airport

During the boarding check in, guides have to ensure that our guests must have the following documents to ensure a hassle free check in procedure :
i.                     Passports
ii.                   Air tickets
iii.                  Visa/permits
iv.                 Embark or disembarkation cards
Check in is usually the first procedure for a passenger when arriving at an airport, as airline regulations requires passengers to check in by certain times prior to the departure of a flight. This durations spans from 30mins to 4 hours depending on the destination and airline. The airline check in main function, however is to accept luggage that is to go in the aircraft’s cargo hold.
Passenger Identity Registration – At the time of check in the agent primary duty is to check for valid documents. This include tickets, invitation letters, passport, visas, etc. depending on the type of visit, the arrival and destination of the trip.
Baggage Restriction – At the time of check in, the passengers hands over baggage which is checked by the airport security and sealed. Anything that is above the weight limit or which is not allowed to be carried is usually handed over to the agent at the time of check in.
Sitting Registration – Usually at the time of check in, an option of selecting the seats is offered. The agent may ask if a window or aisle seat is wanted.

 To ensure it’s a hassle free check in, guides must always advice the tourists to follow all the procedures as guidelines.

Passenger Safety

Safety of the passengers is of outmost importance. It is a good practice to ensure that all vehicles that we travel in are equipped with safety apparatus. More so, as tourist guide where our job is functionally not only to ensure that the tourists enjoy their stay in Malaysia, but to ensure that they enjoyed it safely.
To ensure that the tourists are safe while travelling around Malaysia, we must ensure that the environments we are in are far from danger, risk or injury. We could also use devises or apparatus which are designed to prevent accidents. Should accidents occurred, we have to ensure that we have the necessary safety equipment to handle the situation.
To ensure safety while travelling in a tour transport, we have to emphasise the following:
·         Ensure that all passengers fasten their seatbelts – either in buses, vans or limousines
·         Ensure that all doors are properly locked while inside the vehicle
·         Ensure that no child is allowed to be running along the corridor of the bus, or jumping in the rear of the vehicle
·         Ensure that the vehicle must come to a complete halt before disembarking.
Safety apparatus basically refers to equipment that are utilized to ensure that passengers travelling inside a vehicle are safe and comfortable. Safety apparatus includes the following:
a.       Seat belts
b.      Child seats
c.       Seats can be adjusted to a comfortable position
d.      First aid box
e.      Back support for tour guides in coaches

Safety always comes first. Never compromise.

Tuesday, 14 January 2014

Destinasi Pendidikan-Malaysia Tetap Pesaing Utama

We are a group of graduates who have gone through the process and ...
Kemampuan Malaysia boleh diukur dengan melihat kepada tiga aspek utama iaitu politik,ekonomi dan sosio-budaya. Kestabilan ketiga-tiga aspek ini akan memberi peluang yang cerah kepada Malaysia untuk menjadi pilihan destinasi pendidikan.
Dari segi politik, kestabilan yang dinikmati sejak Merdeka menjadikan negara ini antara negara yang paling selamat untuk didiami dan dilawati. Walaupun kadangkala terdapat kacau bilau dan himpunan haram di ibu negara dan beberapa tempat lain namun ianya lebih bersifat setempat dan tidak mendatangkan mudarat yang besar selain kesesakan lalulintas yang teruk. Namun begitu sebagai negara yang mengamalkan demokrasi  berparlimen,kita seharusnya faham bahawa prinsip tersebut mestilah ditaati dan keharmonian negara mestilah diutamakan. Jika tidak kestabilan politik negara akan terganggu dan menjadikan ia satu halangan sebagai pilihan destinasi pendidikan.
Ekonomi negara adalah antara yang terbaik dan mapan jika dibandingkan dengan beberapa negara Asia Tenggara yang lain kecuali Singapura. Namun dengan keluasan Malaysia yang lebih besar dan sikap yang lebih toleransi boleh menjadikan negara ini pilihan yang lebih baik dari Singapura.
Sosio-budaya Malaysia amat unik sekali dan sentiasa menjadi daya tarikan orang dari luar. Dengan lebih 150 etnik di negara ini, Malaysia boleh berbangga dengan keharmonian dan persefahaman yang telah ditunjukkan sejak zaman  datuk nenek moyang dahulu lagi hinggalah ke hari ini. Ini ditambah dengan sikap ramah mesra rakyat Malaysia kepada siapa sahaja tetamu yang datang ke negara ini.

Oleh itu tidak mustahil Malaysia akan menjadi salah satu destinasi terpenting bagi tujuan pendidikan.

Malaysia Hijau dan Bersih

clean_environment
Konsep 1Malaysia Hijau dan Bersih adalah satu konsep untuk mengekalkan negara ini sentiasa bersih dan hijau supaya pelancong-pelancong dari luar merasa suka untuk datang mengunjungi Malaysia. Di samping itu ia akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang sihat untuk didiami dan dilawati.
Adalah amat penting bagi kita semua mengekalkan kebersihan di semua tempat terutama di semua lokasi menarik yang dikunjungi pelancong. Ianya adalah untuk generasi yang akan datang yang akan mewarisi negara ini dari kita. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia kita mestilah Berfikir dan Bertindak dari sekarang (Think Tourism and Act Tourism).
Antara aktiviti yang boleh menjayakan kempen ini adalah dengan menggalakkan penanaman pokok di setiap homestay,rumah-rumah kediaman dan juga di taman-taman. Elakkan dari membuat penebangan dan memusnahkan hutan.
Kawasan-kawasan bandar dan pusat membeli belah khususnya mestilah memastikan kawasan sekitar dan bangunan mereka sentiasa bersih dan cantik. Pertandingan kebersihan dan kecantikan boleh dianjurkan untuk menjayakan kempen ini.

Seluruh warga juga mesti mengamalkan budaya kitar semula dan hanya menggunakan beg palstik yang bio-degradable untuk membuang sampah. Ini untuk mengelakkan lambakan sampah yang tidak terurai yang menyumbang kepada bau busuk dan keracunan pada system air bawah tanah.

MICE - Meeting, Incentive, Conventions, Exhibitions

KLCC convention night.jpg
Kuala Lumpur Convention Centre

MICE bermaksud Meeting,Incentives,Conventions,Exhibitions. Ini merupakan satu lagi produk pelancongan yang terdapat di negara kita dan mampu meraih pendapatan yang tinggi dan meningkatkan bilangan kemasukan pelancong .
Malaysia amat popular untuk pasaran MICE. Ini adalah kerana pertamanya kadar tukaran matawang asing adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain. Oleh itu bagi sesebuah negara yang mempunyai nilai matawang yang tinggi mereka lebih suka memilih Malaysia kerana nilai tukaran yang lebih baik.
Kedua,Malaysia menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan bertaraf dunia,contohnya Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, jalan-jalanraya dan dan juga system pengangkutan. Di samping itu kemudahan awam yang lain seperti elektrik dan air juga adalah terbaik dan tidak diragui. Denga ini pelancong merasa lebih selesa dan selamat.
Ketiga, kestabilan politik di Malaysia adalah terjamin dan tidak berlaku huru-hara atau sebarang pemberontakan berdarah. Suasana pelaburan dan perniagaan di Malaysia dijamin oleh kerajaan dan ini menjadikan mereka yakin Malaysia adalah destinasi yang terbaik.
Keempat,terdapat banyak pilihan lokasi untuk MICE diadakan antaranya Kuala Lumpur Convention Centre dan Putrajaya International Convention Centre serta banyak lagi venue lain yang serba canggih dan cantik. Penganjur boleh memilih lokasi yang mereka suka sesuai dengan acara yang dianjurkan serta acara sampingan jika ada.
Kelima, Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati sebelum atau selepas sesuatu acara diadakan.Pelancong boleh dibawa menaiki bas atau van secara berkumpulan untuk mengunjungi tempat-tempat tersebut beserta pemandu pelancong yang terlatih. Malaysia juga terkenal sebagai syurga membeli belah Asia kerana tersedia gedung-gedung membeli belah yang besar dengan berbagai jenis barangan.
Akhir sekali, Malaysia amat terkenal dengan sifat rakyatnya yang sangat peramah dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Budaya ini tersemai dalam diri setiap rakyat Malaysia tidak kira latarbelakang etnik atau agama yang dianuti. Ini dapat dilihat dengan sambutan berbagai jenis perayaan di negara ini serta berbagai jenis makanan yang terdapat di sini. Malaysia benar-benar Truly Asia.

Sebagai rakyat Malaysia, MICE dapat memberi tiga manafaat iaitu manambah peluang pekerjaan kepada rakyat, menambah sumber pendapatan dan hasil perniagaan melalui penglibatan menyediakan kemudahan penginapan dan pengangkutan misalnya untuk acara yang berlangsung dan ketiga dapat menambahkan kemasukan pelancong asing ke negara ini dan secara tidak langsung membawa masuk tukaran wang asing.

Malaysia[edit]

Homestay - Program Unik Pelancongan Malaysia

Homestay adalah satu produk pelancongan di mana pelancong-pelancong dapat tinggal dalam sebuah rumah tradisional kampung bersama dengan keluarga orang tempatan di situ serta dapat mempelajari cara hidup,kegiatan harian mereka,budaya dan juga menikmati masakan tempatan. Rumah yang didiami itu kebiasaannya adalah rumah kayu bertiang yang terletak di antara sawah padi atau kebun buah-buahan dan dikelilingi dengan tanaman pokok bunga.Keperluan asas seperti tandas yang bersih dan bilik mandi disediakan.
Setiap homestay menawarkan sesuatu yang unik kepada pelancong dan menganjurkan aktiviti mereka tersendiri seperti permainan tradisional,meneroka hutan atau bukit,memancing,menorah getah,memetik buah-buahan dan juga membuat anyaman serta kraftangan.
Pengendali sesuatu program homestay mestilah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Antara objektif utama program ini diperkenalkan adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar khususnya terlibat sama dalam mempromosi sector pelancongan di negara ini. Selain turut serta, program ini dapat menjana pendapatan yang lumayan kepada keluarga yang terlibat malah kepada seluruh masyarakat sekeliling.Jualan hasil kraftangan dan lain-lain perkhidmatan serta aktiviti dapat melibatkan masyarakat dan memberi peluang pekerjaan. Secara tidak langsung ini akan menaikkan taraf hidup mereka. Malah program ini juga mampu menghasilkan usahawan dalam bidang pelancongan yang berjaya.
Pelancong yang datang juga mempunyai latar belakang sosio-budaya yang berbeza. Kepada masyarakat tempatan ini adalah peluang untuk menonjolkan budaya timur yang unik dan halus. Tidak ketinggalan masyarakat tempatan juga boleh belajar dan bertukar-tukar budaya yang baik dengan pelancong yang menyertai program homestay ini.
Buat masa ini sebanyak 139 operator program homestay dengan jumlah sebanyak 3006 buah rumah telah berdaftar dengan pihak kementerian. Pndapatan yang telah dijana setakat tahun 2012 adalah sebanyak RM10.9 juta dan jumlah pelancong yang telah menyertai program ini seramai 196,472 orang. Kebanyakan pelancong adalah dari negara Singapura,Korea,Jepun,Australia dan Eropah.
Program homestay juga telah mengorak langkah dengan melancarkan program PAT(Plant A Tree) iaitu pelancong yang datang akan menanam sebatang pokok sebagai tanda ingatan dengan harapan satu masa nanti setelah beberapa tahun pelancong itu akan berkunjung semula untuk melihat pokok yang ditanam.
Seterusnya program homestay juga telah menjalin kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad dengan menganjurkan Malaysia Homestay Railway Tourism yang julung-julung kali pernah diadakan melibatkan sebanyak 21 operator homestay dan 22 buah stesen keretapi di seluruh semenanjung. Program ini telah dilancarkan di Tanjung Pagar, Singapura pada 1 Oktober 2010 dan kini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Kesimpulannya, program Homestay adalah satu program unik yang boleh diketengahkan dalam industry pelancongan negara. Ia mampu menjana pendapatan dan yukaran wang asing yang lumayan dan boleh dikongsi dan dinikmati bersama oleh masyarakat luar bandar.

Monday, 30 December 2013

2013-Scientific Stories

TOP 13 SCIENCE STORIES OF 2013


New Picture 194
WIRED’s Top Science Stories of the Year 
By Betsy Mason, 
Wired, 30 December 2013.

A lot of our readers either love spiders, or love to hate spiders. Either way, in 2013 three spider stories are among our 13 most popular posts. Space, the meaning of consciousness and our impending plutonium shortage were also popular topics. Here’s the list of the stories you liked best (or at least clicked on the most).

1. Voyager 1 Discovers Bizarre and Baffling Region at Edge of Solar System

New Picture 193

In June, NASA’s Voyager 1 spacecraft entered a bizarre new region at the solar system’s edge that baffled physicists. Their theories hadn’t predicted anything like it. Three months after we published this story, NASA officially confirmed that Voyager 1 had left the solar system and entered interstellar space in August 2012.

2. Absurd Creature of the Week: 10-Foot Bobbit Worm Is the Ocean’s Most Disturbing Predator

New Picture 195

This is Eunice aphroditois, also known as the bobbit worm, a mix between the Mongolian death worm, the Bugs from Starship Troopers, the Graboids from Tremors and a rainbow. It hunts in the most nightmarish way imaginable, digging itself into the seabed, exposing a few inches of its body - which can grow to 10 feet long - and waiting.

3. New Giant Tarantula Discovered in Sri Lanka

New Picture 196

We reported in April that a new type of tarantula about the size of your face had been found in northern Sri Lanka. Scientists found the spiders - with a leg span up to 8 inches across - living in trees and the old doctor’s quarters of a hospital. Our comparison of the spider’s size to your face helped this story crawl creepily into the far corners of the internet, and even onto the Colbert Report.

4. 4 Billion-Pixel Panorama From Curiosity Rover Brings Mars to Your Computer Screen

New Picture 197

Sweep your gaze around Gale Crater on Mars, where NASA’s Curiosity rover is currently exploring, withthis 4-billion-pixel panorama stitched together from 295 images. The mosaic was created by photographer Andrew Bodrov of Estonia. It stretches 90,000 by 45,000 pixels and uses pictures taken by the rover’s two MastCams.

5. WTF Is This Weird Web-Tower Thing? We Asked Around. No One Knows

New Picture 198

Something in the Peruvian Amazon is making weird, intricate structures that resemble white picket fences surrounding an Isengard-like spire. When we first reported on the phenomenon in September, experts we consulted didn’t know what was making them. So in December, we followed some scientists into the jungle and found the answer.

6. Watch the Biggest Explosion Ever Seen on the Moon

New Picture 199

In May, NASA scientists recorded the biggest explosion from a meteorite impact seen on the moon in eight years of monitoring. The lunar burst was caused by a 40-kilogram boulder-sized rock slamming into the surface at about 90,000 kph. It generated a flash 10 times brighter than anything seen before.

7. NASA’s Plutonium Problem Could End Deep-Space Exploration

New Picture 200

Most of what we know about the outer planets came back to Earth on plutonium power. Cassini’s exploration of Saturn, Curiosity’s roving of Mars and the 2015 New Horizons flyby of Pluto are all fuelled by plutonium-238. This metal’s radioactive decay makes it a super-fuel, and there is no other viable option. But there’s a problem: We’ve almost run out.

8. A Neuroscientist’s Radical Theory of How Networks Become Conscious

New Picture 201

It’s a question that’s perplexed philosophers for centuries and scientists for decades: Where does consciousness come from? We know it exists, at least in ourselves. But how it arises from chemistry and electricity in our brains is an unsolved mystery. Neuroscientist Christof Koch of the Allen Institute for Brain Science, thinks he might know the answer.

9. Consciousness After Death: Strange Tales From the Frontiers of Resuscitation Medicine

New Picture 202

Sam Parnia practices resuscitation medicine. In other words, he helps bring people back from the dead - and some return with stories. Their tales could help save lives, and even challenge traditional scientific ideas about the nature of consciousness. And new techniques promise to even further extend the boundary between life and death.

10. The Forgotten Cold War Plan That Put a Ring of Copper Around the Earth

New Picture 203

During the summer of 1963, Earth looked a tiny bit like Saturn. The United States launched half a billion whisker-thin copper wires into orbit in an attempt to install a ring around the Earth. It was calledProject West Ford, and it’s a perfect, if odd, example of the Cold War paranoia and military mentality at work in America’s early space program.

11. Why You Need Not Fear the Poor, Misunderstood Brown Recluse Spider

New Picture 204

It’s hard to think of a critter that inspires as much hyperbolic hysteria as the brown recluse spider. If you believe the tales, these small arachnids are biting people all day, every day, producing massive, stinking flesh-craters that require months of intensive care. Though there are strands of truth in the hype, on the whole, it’s bunk.

12. Help Wanted: Astronauts Needed for Mars Colony

New Picture 205

Mars One, a non-profit organization that intends to establish a human settlement on Mars in 2023,needs astronauts to volunteer for a one-way trip to the Red Planet. In January, Mars One released its application criteria. Among other virtues, astronaut candidates must be resilient, adaptable, curious, creative and resourceful. And a little crazy?

13. Pew Pew! Scientists Build Lasers Out of Sound, Call Them Phasers

New Picture 206

Using a nanoscale drum, scientists have built a laser that uses sound waves instead of light like a conventional laser. Because laser is an acronym for “light amplification by stimulated emission of radiation,” these new contraptions - which exploit particles of sound called phonons - should properly be called phasers.

Top image: Artist's concept showing NASA's two Voyager spacecraft exploring a turbulent region of space known as the heliosheath, the outer shell of the bubble of charged particles around our sun. Image credit: NASA/JPL-Caltech.

[Source: Wired. Edited. Top image added.]

Universal Studio,Singapura Dan Perth,Australia

MUTIARA TANJUNG AGENCY
BLOK B-G-11,TAMAN SUNGAI DUA UTAMA,13800 SUNGAI DUA,BUTTERWORTH,PP.

Selamat Datang. Salam 1Malaysia.

PAKEJ PERCUTIAN JB – UNIVERSAL STUDIOS –LEGOLAND
3HARI/2MALAM-JB(1 Malam & Singapura 1 Malam)
Anda akan dibawa melawat:
Universal Studios di Singapura, Membeli belah, Legoland di JB, City tour di Singapura.

HARGA BERMULA RM690 SEORANG
Pakej Termasuk : Pengangkutan dengan bas dari JB ke Singapura; Penginapan; Makan seperti dalam itinerary; Pemandu Pelancong Profesional.
Tidak Termasuk : Cukai; Tiket kapalterbang, Lain-lain lawatan tambahan/makan/aktiviti; Perbelanjaan persendirian; Tip
mutiaratanjungagency.blogspot.com  Tel:+6012-4978576
------------------------------------------------------------------------------------------------
PERTH AUSTRALIA DISCOVERY TOUR
4HARI/3MALAM
Anda akan dibawa melawat:
Perth City Tour, Swan River Cruise(opsyenal dengan tambahan rm145 seorang), Membeli belah dan pilihan salah satu dari 3 pakej berikut :
A.  Sand Dune, Sand Boarding, Koalas, Pinnacles menaiki 4WD *tidak sesuai untuk wanita mengandung
B.   Wave Rock, Tork, Wildflowers, Aboriginal Culture Tour
C.  Margaret River, Cave, Wine, Busselton Jetty Tour
HARGA BERMULA RM1500 SEORANG
Pakej Termasuk : Pengangkutan di Perth dengan van/bas; Penginapan; Makan seperti dalam itinerary; Pemandu pelancong profesional.
Tidak Termasuk : Cukai; Tiket kapalterbang,Lain-lain lawatan tambahan/makan/aktiviti; Perbelanjaan persendirian; Tip
mutiaratanjungagency.blogspot.com  Tel:+6012-4978576

Bandung,Indonesia

MUTIARA TANJUNG AGENCY
BLOK B-G-11,TAMAN SUNGAI DUA UTAMA,13800 SUNGAI DUA,BUTTERWORTH,PP.
Tel:+6012-4978576 
Selamat Datang. Salam 1Malaysia.
PAKEJ PERCUTIAN KE BANDUNG
4HARI/3MALAM
Anda akan dibawa melawat;
Membeli belah ke Pasar Baru,Cihampelas Jeans Centre, Danar Hadi Batik, Cibaduyut Shoes Centre, Bersantai dan berkunjung ke Gedung Sate, Tangkuban Perahu, Sari Ater Hot Spring, Trans Studio Theme Park, Asia Afrika Building.
HARGA BERMULA RM380 SEORANG
Pakej Termasuk : Pengangkutan dengan bas; Penginapan; Makan seperti dalam itinerary; Pemandu Pelancong Profesional.

Tidak Termasuk : Tiket penerbangan; Cukai Lapangan Terbang Bandung; Lain-lain lawatan tambahan/makan/aktiviti; Perbelanjaan persendirian; Tip 

Medan,Indonesia

MUTIARA TANJUNG AGENCY
BLOK B-G-11,TAMAN SUNGAI DUA UTAMA,13800 SUNGAI DUA,BUTTERWORTH,PP.
 Tel:+6012-4978576
Selamat Datang. Salam 1Malaysia.
MEDAN – PARAPAT – PULAU SAMOSIR – BERASTAGI – MEDAN
PAKEJ 3HARI/2MALAM
Anda akan dibawa melawat:
Istana Maimun, Tasik Danau Toba, Perkampungan Tomok-Makam Raja Sidabutar, Perkampungan Ambarita-kerusi batu dan tempat Raja Siallagan, Berastagi-kawasan berbukit yang dingin dan aktiviti menunggang kuda, Pasar Buah, Bandar Medan-membeli belah pelbagai barangan dan batik.
HARGA BERMULA RM350 SEORANG
Pakej Termasuk : Pengangkutan dengan bas; Penginapan; Makan seperti dalam itinerary; Pemandu Pelancong Profesional.

Tidak Termasuk : Tiket penerbangan; Cukai Lapangan Terbang Medan; Lain-lain lawatan tambahan/makan; Aktiviti menunggang kuda; Perbelanjaan persendirian; Tip

Hatyai-Krabi-Phuket 2014 Free 'N' Leisure Tour

Minimum Price RM155.00 2D1N Hatyai
Maximum Price RM520.00 4D2N(Half Board) Phuket, Krabi 'n' James Bond Island
Group Tour By Bus - Min 36 pax; Max 40 pax
Accomodation 3* and 4* Hotel
Including Insurance and Border Fee
Tel:+6012-4978576

Stadhuys-Satu Tinggalan Penjajahan Belanda Di Melaka

Stadhuys dalam bahasa Belanda bermaksud Dewan Bandaraya (Town Hall). Bangunan Stadhuys ini terletak betul-betul di tengah bandaraya Melaka dan ianya dicat dengan warna merah terang. Walaupun begitu, adalah dipercayai warna asal bangunan ini adalah putih.
Bangunan ini telah dibina oleh penjajah Belanda pada tahun 1650 dan menjadi kediaman resmi Gabenor Belanda sehinggalah awal abad ke-18. Ianya juga digunakan sebagai pusat pentadbiran Belanda. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan daripada British pada tahun 1957, bangunan ini masih terus digunakan sebagai pusat pentadbiran kerajaan. Bangunan ini merupakan bangunan Belanda yang tertua di Timur dan salah satu contoh senibina Belanda.
Kini, bangunan Stadhuys adalah Muzium Sejarah dan Etnografi Malaysia. Di dalamnya masih boleh dilihat corak siling berbunga abad ke-17 dan beberapa barang-barang bersejarah Belanda dan Portugis.
Bangunan ini telah dicat warna merah oleh British untuk membezakan antara bangunan yang dibina oleh Belanda dan Portugis di sini. Di luar Stadhuys terdapat sebuah menara jam yang dibina hasil kutipan derma. Sebuah air pancutan juga telah dibina sebagai memperingati Ratu Victoria (1837-1901).

Hari ini, Stadhuys merupakan destinasi pelancongan yang sangat penting untuk pelancong dan juga rakyat tempatan memahami permulaan dan sejarah Malaysia.

Tempat-tempat Menarik Bersejarah Di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia. Di sini terdapat barbagai-bagai tempat menarik untuk dilawati oleh pelancong dalam dan luar negara. Antara tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk dilawati adalah :
A.      Dataran Merdeka.
Pada asalnya dipanggil Padang oleh masyarakat tempatan, merupakan satu lapangan padang rumput hijau yang terletak di tengah kotaraya Kuala Lumpur satu masa dahulu. Padang ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan peninggalan zaman kolonial sebelum merdeka iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad yang terkenal dengan rekabentuk ala-Moorish(1890’an), Bangunan Kelab Diraja Selangor dengan rekabentuk ala-Tudor(1890’an), Bangunan batu marmar putih Gereja St Mary’s(1894) dan Bangunan Perpustakaan Kenangan (1909). Sebuah plag telah dibina di atas tapak di mana bendera Union Jack diturunkan sewaktu negara mencapai kemerdekaan. Di sini kini bendera Malaysia Jalur Gemilang dikibarkan di atas tiang bendera yang tertinggi di dunia.
B.      Masjid Jamek.
Masjid Jamek merupakan masjid tercantik di Kuala Lumpur. Ianya telah direkabentuk oleh seorang arkitek British A.B.Hubbock dan telah dibina pada tahun 1909. Rekabentuknya adalah inspirasi daripada masjid Mogul di utara India.
Bangunan masjid ini mempunyai ruang pintu masuk yang banyak dan besar, kubah berbentuk bawang dan juga menara yang banyak. Ianya dibina menggunakan batu-bata merah dan putih dan lokasinya terletak betul-betul di pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Klang dan Sunai Gombak.
Kini masjid ini bukan sahaja terus digunakan oleh orang Islam untuk menunaikan solat, malah ianya juga menjadi mercutanda dan daya tarikan pelancong untuk melihat dengan lebih dekat kehalusan senibina masjid ini.
C.      Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.
Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur merupakan sebuah lagi bangunan yang direkabentuk oleh A.B.Hubbock. Ianya seoalah-olah sebuah fantasi arkitek yang hebat dan dikagumi hingga sekarang. Bangunan ini dibina pada tahun 1910 dan kini telah menjadi satu mercutanda bersejarah zaman colonial di Kuala Lumpur.
Rekabentuk bangunan ini adalah mengikut rekabentuk Moorish (Mogul) sebagaimana bangunan Masjid Jamek yang dibina pada tahun sebelumnya. Ianya mengandungi kubah-kubah,menara dan juga gerbang-gerbang yang cantik.

Bangunan Setesen Keretapi Kuala Lumpur ini masih digunakan sehingga kini walaupun pembinaan KL Sentral yang baru telah siap dibina dan digunakan. Pelancong masih dapat menggunakan stesen keretapi  ini dengan menaiki komuter dari mana-mana stesen komuter untuk pergi ke Muzium Negara atau Mesjid Negara. Bangunan ini mestilah dipelihara agar tetap cantik dan terus menjadi salah satu mercutanda bersejarah di Kuala Lumpur.

Menara Jam Condong Teluk Intan(Anson)-Perak,Menara Condong Ke-2 Di Dunia

Teluk Intan atau nama asalnya Teluk Anson mungkin tidak lebih dari sebuah pekan kecil sama seperti pekan-pekan kecil di tempat-tempat lain sekiranya tidak wujud sebuah menara jam yang condong seperti Menara Pisa yang terkenal di Itali.
Dengan ketinggian setinggi 25.5 meter di tengah-tengah pekan Teluk Intan, ianya amat mudah dikunjungi kerana ketinggiannya yang mudah dilihat dari jauh. Menara ini seperti Menara Pisa mencondong ke arah kiri dan kini menjadi kebanggaan masyarakat di sini. Menara ini menjadi condong disebabkan oleh kesan hakisan pada struktur asas pembinaannya telah berlaku semasa musim tengkujuh dan banjir besar yang melanda Perak pada tahun 1889-1895.
Kecantikan dan keunikan bangunan ini dapat dilihat daripada struktur bangunan yang direka dengan rekabentuk sebuah pagoda. Walaupun dari luar kelihatan seperti terdapat 8 tingkat bangunan namun hakikatnya hanya 3 tingkat bangunan sahaja di sebelah dalam.
Menara ini telah dibina oleh seorang kontraktor Cina bernama Leong Choon Chong pada tahun 1885 yang pada asalnya digunakan sebagai tangki air untuk penduduk sekitar. Pada tahun 1980’an, selepas lebih 100 tahun, bangunan ini pernah digunakan sebagai pejabat Unit Perancang Keluarga. Namun kini ia tidak lagi digunakan untuk apa-apa tujuan, hanya sebagai tapak lawatan bersejarah di pekan ini. Menara ini juga menempatkan sebuah jam besar sebagaikegunaan masyarakat setempat waktu itu.

Keunikan dan nilai sejarah pada menara ini telah menggamit ramai pelancong dalam dan luar negara ke sini. Oleh itu ianya mestilah sentiasa dipelihara agar berada dalam keadaan selamat dan menarik untuk dikunjungi.

Porta De Santiago (A Famosa)-Melaka,kota bekas jajahan Portugis

Porta De Santiago atau juga dikenali sebagai Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis pada tahun 1511 semasa Portugis berjaya mengalahkan dan menawan Melaka,sebuah pelabuhan yang sangat terkenal di seluruh dunia pada waktu itu.Bentuk asal kota ini adalah berbentuk segienam dengan sebuah menara didirikan pada setiap segi untuk mengawal keselamatan. Kota ini dibina di atas Bukit St Paul. A Famosa bermaksud 'Yang Mashur'.
Tujuan kota ini dibina adalah untuk pertahanan daripada serangan daripada Sultan Melaka yang telah lari ke Johor dan juga tentera Aceh daripada Sumatera. Kesemua serangan dapat dipatahkan namun pada tahun 1641 tentera Belanda telah dapat menawan Melaka dan kota ini dengan bantuan Johor. Tentera Belanda mengambil masa selama lapan bulan sebelum berjaya. Ini kerana kota ini sangat kukuh dan sukar menembusi batu batan yang membinanya.
Pada tahun 1670, Belanda telah membaiki kota ini dan melakar huruf VOC (Verenigde Oostindische Compagnie) sebagai lambang Syarikat Hindia Timur Belanda.
Pada tahun 1795, British telah menawan kota ini dan pada tahun 1800 British telah merobohkan  struktur kota ini sebelum sempat dihentikan perobohannya oleh Sir Thomas Stamford Raffles. Namun begitu hanya bahagian hadapan kota ini sahaja yang terselamat dan boleh dilihat hingga kini. Walaupun Belanda telah menawan kembali kota ini pada tahun 1818, namun ianya tidak dibaik pulih. Selang enam tahun iaitu pada tahun 1824, British kembali semula mengambil alih kota ini daripada Belanda secara rundingan. Kota ini menjadi sebahagian daripada jajahan British di Tanah Melayu sehinggalah tahun 1957 apabila negara mencapai kemerdekaan.

Kini Kota A Famosa atau Porta De Santiago menjadi salah satu lokasi bersejarah yang mesti dilawati di Malaysia.

Pulau Pinang-Fort Cornwallis,kota bekas jajahan Brirish

Fort Cornwallis sebuah kota peninggalan British terletak di hujung tanjung di Banadaraya Georgetown,Pulau Pinang. Kini kota ini diselenggara oleh pihak swasta sebagai salah satu monumen bersejarah di Bandaraya Georgetown dan menganjurkan acara-acara kebudayaan dengan mengenakan bayaran tiket untuk masuk melawat kota ini.
Kota ini dibina semasa Kapten Francis Light mula-mula datang ke Pulau Pinang pada tahun 1786. Diceritakan pada masa itu tapak kota ini dipenuhi hutan pokok bertam yang tebal dan untuk membersihkan kawasan ini Kapten Francis Light mengarahkan tembakan meriam berisi wang ke dalam kawasan ini. Dengan ini orang tempatan dan pekerja asing berebut-rebut untuk mendapatkan wang tersebut sebanyak mungkin dengan cara menebang dan membersih kawasan ini. Setelah itu barulah kota ini dibina. Pada asalnya kota ini dibina daripada kayu sahaja,namun pada tahun 1804 ia diganti dengan struktur batu bata dan konkrit menggunakan buruh daripada penjara. Struktur tersebut masih kukuh hingga sekarang.


Kota ini dibina untuk mempertahankan sebarang serangan daripada musuh luar khususnya dari Siam pada waktu itu. Namun begitu kota tidak pernah sekalipun diserang atau terlibat dalam peperangan. Kerana itulah kota ini masih terus kukuh hingga sekarang. Di atas kota ini ditempatkan sebuah meriam yang mempunyai lagenda dan sejarahnya tersendiri. Meriam itu kepunyaan tentera Belanda dan diberi nama Seri Rambai. Meriam itu masih boleh dilihat hingga sekarang. Meriam ini adalah hadiah daripada Belanda kepada Sultan Johor pada tahun 1606 tetapi telah diambil oleh orang Aceh sewaktu menyerang Johor. Pada awal abad ke 19, meriam ini telah dikembalikan ke Kuala Selangor sebagai tanda persahabatan dengan orang Bugis. Pada tahun 1871 semasa British menawan Kuala Selangor, meriam ini telah dipindahkan ke Pulau Pinang hingga kini. Mengikut sesetengah kepercayaan, bagi orang perempuan yang sudah berkahwin tetapi masih belum memperoleh anak bolehlah duduk di atas meriam ini dengan harapan boleh mengandung selepas itu.

Kota Cornwallis adalah satu tempat bersejarah yang wajib dilawati oleh pelancong yang datang ke Pulau Pinang. Lokasinya yang terletak di tepi pantai menjadikan ia lebih menarik berserta padang luas yang dipanggil Padang Kota. Pelancong juga boleh menjamu selera dengan pelbagai makanan tempatan di gerai-gerai yang terdapat bersebelahan dengan kota ini. Jemput mai ke Pulau Pinang.

Menara Berkembar Petronas-Kebanggaan Dunia,Kebanggaan Malaysia

Malaysia,sebuah negara kecil yang baru sahaja mencapai kemerdekaan 56 tahun yang lalu daripada kuasa penjajahan British. Sejak Merdeka, Malaysia tidak pernah jemu untuk terus memajukan rakyat dan negara. Ini dapat diterjemahkan dengan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang menjadi satu mercutanda dan ikonik di tengah-tengah pusat Bandaraya Kuala Lumpur.
Menara Berkembar Petronas pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia satu ketika dahulu dari tahun 1998 hingga 2004. Walaupun kini bangunan tertinggi di dunia adalah Taipei 101, namun menara ini tetap menjadi menara berkembar yang seiras dari segi rupa dan ketinggian yang masih tertinggi di dunia! Ketinggiannya mencapai 452 meter tinggi dan terdiri daripada 88 tingkat. Keunikannya ditambah lagi dengan adanya ‘Sky Bridge’ yang menghubungkan kedua-dua bangunan ini pada aras 41 dan 42. Keseluruhan struktur bangunan ini deperbuat daripada aluminium dan kaca dan menjadikan ia lebih kukuh dan tidak terlalu berat.
Rekabentuk Menara Berkembar Petronas telah dicipta oleh seorang arkitek Argentina-Amerika bernama Cesar Pelli. Ianya siap dibina pada tahun 1998. Dahulunya tapak menara ini adalah Kelab Lumba Kuda Kuala Lumpur. Oleh kerana lapisan batu dalam tanah yang dalam, pembinaan menara ini memerlukan asas(foundation) yang dalam dan merupakan rekod dunia iaitu sedalam 120 meter. Asas pembinaan (foundation)dilakukan oleh kontraktor tersohor Bachy Seoletanche dan telah menggunakan bahan konkrit yang sangat banyak.
Kesemua 88 tingkat bangunan ini diperkukuhkan dengan konkrit dan fasad(façade) yang diperbuat daripada aluminium dan kaca dengan motif senibina kesenian Islam yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Rekabentuk keratin rentas bangunan dan dalamannya diasaskan oleh rekaan Rub el Hizb yang mementingkan keluasan dan keselesaan ruang.
Kedua-dua menara ini dibina oleh kontraktor yang berasingan. Menara A dibina oleh Hazama Corporation dari Jepun dan Menara B dibina oleh Samsung & Kukdong Engineering dari Korea Selatan.
Di sebelah belakang menara ini juga terdapat sebuah taman riadah seluas 50 ekar direka khas oleh seorang arkitek bernama Roberto Burle Marx. Ianya dilengkapi sebuah jambatan sepanjang 43 meter dan pancutan air berirama setinggi 42 meter. Di bahagian tepi tasik buatan taman ini disediakan sebuah masjid yang diberi nama Masjid Asy Syakirin.
Menara A menempatkan ibu pejabat bagi Syarikat Petrolium Negara iaitu Petrolium Nasional Berhad (Petronas) dan Menara B menempatkan ruang pejabat yang boleh disewa oleh syarikat-syarikat besar tempatan dan juga antarabangsa.

Sesungguhnya dengan terbinanya Menara Berkembar Petronas ini telah melonjakkan Malaysia di peta dunia sebagai salah sebuah negara ikonik yang perlu dilawati oleh pelancong seluruh dunia.